Tuesday, December 23, 2008

Jangan Terlepas Pandang!

Hari raya Korban yang lepas, seperti biasa saya sekeluarga pulang ke kampung FELDA Ulu Jempol, Jengka, Pahang. Suasana meriah dengan hiruk pikuk apabila kesemua adik beradik dan keluarga mereka berkumpul.(kecuali seorang beraya di rumah mertuanya di Bangi) Walaupun bagaimana pun di dalam suasana meriah tersebut masih terasa suasana sedih. Masih terasa kehilangan Ibu yang kami sangat cintai - pulang menemui Ilahai.

Selain berhari raya pertama kali tanpa Ibu, suasana raya kali ini juga agak berbeza. Kami berhari raya di rumah baru. Bapa saya, Tuan Haji Sharit bin Muhammad sudah menyiapkan rumah batu yang telah lama menjadi idamannya. Lebih membanggakannya, beliau membina banglo "fully air-con" berharga lebih dari RM200,000.00 itu dengan wang TUNAInya sendiri.

Hujan yang berlarutan semenjak 3 hari sebelum hari raya menyebabkan aktiviti kami agak terhad di dalam rumah. Saya perhatikan anak-anak saya dan anak-anak saudara mempunyai aktiviti baru. Kalau dahulu mereka sibuk dengan aktivit lasak, berlari di laman rumah, mengejar ayam dan itek dsb tetapi kali ini cukup berbeza. Kini mereka semua terlalu sibuk dan alpa dengan aktiviti online. Wireless yang baru sahaja "Pak Anjang" pasang di gunakan sepenuhnya. Kesemua 4 biji lap-top yang dibawa pulang oleh saya dan adik beradik yang lain dikerjakan sepenuhnya oleh mereka.

Apabila berkumpul adik beradik antara topik yang kami suka bualkan ialah tentang perniagaan masing-masing. Kami semua 8 beradik berkerjaya dalam bidang perniagaan (seorang lagi masih berniaga sambil berkeja), semuanya berminat dengan keusahawanan. Kami terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, dari peruncitan, pembinaan hinggalah ke ICT.

Daripada kesemua yang kami bincangkan, saya sangat tertarik dengan cerita kejayaan adik bongsu saya - Ijam. Empat tahun yang lepas beliau bermula dengan menjual kad pra bayar di rumah. Beliau melakukannya setelah tidak ada pilihan lain selepas menamatkan pelajarannya di UiTM Shah Alam. Satu kad yang berharga RM10.00 beliau akan mendapat kurang dari RM0.50 Secara metamatiknya saya simpulkan satu perniagaan yang tidak menarik.

Walau bagaimana pun semakin hari, beliau dengan gigih mengembangkan perniagaannya. Dengan watak "pak lawak"nya beliau dalam masa yang singkat berjaya membina rangkaian yang besar. Daripada menjual terus kepada pengguna, kini beliau juga menjadi pembekal kepada ramai agen di seluruh Jengka. Bermula secara suka-suka kini beliau telah mempunyai 4 buah kedai telefon di Bandar Jengka. Yang lebih menarik lagi, apabila beliau memberi tahu turn-overnya bagi tahun 2008 melebihi RM12,000,000.00 Saya mencongak, beliau boleh menyimpan keuntungan ke dalam poketnya sekurang-kurang RM20,000.00 sebulan.


Jika anda seorang peniaga atau usahawan (terutama yang kecil-kecilan) tentu anda faham makna RM12,000,000.00. Contohnya, jika anda seorang kontraktor kelas "C" anda perlukan 3-4 projek setahun untuk mendapat turn-over sebesar ini. Dalam keadaan ekonomi gawat dan kekurangan projek, angka begini memang sukar untuk dicapai. Begitu juga jika anda menjadi pembekal barangan atau perkhidmatan ke jabatan kerajaan dsb.

Saya salut kepada adik bongsu saya ini! Saya lihat semangat dan cita-cita beliau begitu besar. Beliau banyak memiliki ciri-ciri usahawan berjaya. Doa saya semoga beliau berjaya menjadi multi millionaire dalam masa yang terdekat ini.

Sebagai usahawan, pernahkah anda terfikir apakah satu jenis perniagaan yang kelihatan tidak glamour dan menguntungkan tetapi boleh mendatangkan HASIL yang jauh lebih BERBALOI? Jadi marilah kita terus berikhtiar dan yang lebih penting, Jangan Terlepas Pandang sebarang peluang peniagaan begini.

2 comments:

DinDeraman said...

salam zahari,
saya memang percaya, sesorang itu boleh berjaya dlm apa jua bisnes yang beliau ada sentuhan emas. ada pepatah mengatakan, komersialkan minat anda dan buat apa yang anda mahu dan tahu ! di depan kita ada banyak jalan, ada banyak simpang dan ada banyak perhentian. Pilihan pada kita, pilihan yang betul membawa kedistinasi...pilihan yang salah boleh membawa sesat... Lantaran itu sebagaimana pesan ibu saya,"pandai-pandai la memilih sementara ada pilihan,,,bila dah tak ada pilihan....pandai-pandai laa kerjakan !

nizam said...

akum semua..
pada saya kegagalan banyak mengajar kita untuk lebih gigih dan kuat..walaupun kegagalan itu menyakitkan tetapi ia tetap menjadi kekuatan pada semangat dalaman kita..asas kemajuan adalah kegagalan